Thursday, 1 December 2016

Pemandu Kereta Kurang Ajar! Dendam Penunggang Motorsikal Terbalas.

BURN!

Penunggang motorsikal ini berjaya membalas dendam terhadap pemandu kereta yang kurang ajar ini. Di dalam video ini menunjukkan pemandu kereta tersebut terus keluar secara meluru daripada simpang dan menyebabkan penunggang motorsikal terpaksa brek secara mengejut. Ironinya, dompet pemandu kereta berada di atas bumbung kereta tersebut terjatuh dan dikutip oleh penunggang tersebut.



Wednesday, 30 November 2016

Lubang Besar Yang Telah Dibaiki Di Jepun Tenggelam Semula.

Tergesa-gesa?


8 November lalu, lubang besar muncul berdekatan Stesyen Hakata menggemparkan warga Fukuoka, Jepun. Walaubagaimanapun, lubang tersebut telah dibaiki pada awal bulan ini yang mengambil masa hanya beberapa hari sahaja. Namun demikian, pada hari Sabtu lepas, jalan tersebut terpaksa ditutup semula kerana dilihat tenggelam kira-kira 2.7 inci. Penguat kuasa bandar tersebut memberitahu bahawa terdapat beberapa pergerakan berlaku yang telah dijangka selepas menggunakan pasir dan simen untuk menutup lubang tersebut. Datuk bandar Fukuoka, Soichiro Takashima telah memohon maaf kerana tidak memberi amaran bahawa jalan tersebut berkemungkinan tenggelam semula kepada penduduk.





Runtuhan Konkrit Di KL Eco City!

Kejadian nahas ini berlaku kira-kira 3.30 ptg, 30 November 2016. Struktur konkrit yang setinggi bangunan dua tingkat ini runtuh lalu menghempap pekerja binaan. Setakat ini disahkan lima cedera dan seorang maut. Seramai 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah dan Seputih di kerah bagi tindakan menyelamat di lokasi insiden berlaku.




Dekorasi Rumah Menggunakan Pita Pelekat.

Kreatif! 


Ingin menghiasi dinding rumah tapi tidak boleh mengecat rumah kerana anda menyewa rumah tersebut? Anda boleh menghiasi dinding anda dengan mural yang menggunakan pita pelekat seperti yang dilakukan oleh Laura Liivo ini. Ianya sangat cool dan minimalis.



Gadis Di China Dihukum Penjara 4 Tahun Kerana Membuat Porno!

Wow!

Seorang wanita China akan menghabiskan 4 tahun di penjara selepas mahkamah tempatan telah mendapati  beliau bersalah kerana melakukan video pornography secara online. Wanita berusia 21 tahun itu juga diperintahkan untuk membayar denda sebanyak 100,000 yuan ($ 14,452). Siasatan lanjut mendapati bahawa wanita tersebut ataupun dikenali sebagai Lin, telah mengumpul 40,000 peminat dalam talian dan sebahagian daripada kumpulan yang telah menghasilkan koleksi 31 video lucah.

Mutiara Terbesar Di Dunia Di Jumpai Di Filipina!

So Big!


Seorang nelayan Filipina menjumpai sebiji mutiara yang dikatakan terbesar di dunia. Mutiara itu dijumpai nelayan itu sepuluh tahun yang lalu. Beliau tidak mengetahui bahawa nilai mutiara itu boleh mencecah berpuluh-puluh juta dolar dan menyimpan mutiara yang seberat 34kg itu di bawah katil kayunya sebagai azimat. 




[Video] Penampakan UFO di Turki.

Covered up?


Pada 27 November 2016, Seluruh dunia digemparkan dengan penampakan UFO di Turki dan gambar-gambar tersebut dikongsi di Twitter dengan hashtags #ufoattacttoturkey dan #ufoattacktoturkey. Ia menjadi topik trending di seluruh dunia. Walaubagaimanapun yang menjadi kehairanan semua ialah gambar, video dan hashtags yang dikongsi telah dikeluarkan daripada laman sosial media dan youtube. 



Dulu Vs Sekarang : Rupa Boy Band 90-an Yang Anda Kenali.

Transformation! 



Jika anda salah seorang daripada generasi yang lahir pada tahun 90-an, sudah pasti anda tidak asing lagi dengan boy-bands seperti Backstreet Boys dan NSYNC. kami selitkan beberapa gambar perbandingan mereka dahulu dan sekarang. 


Backstreet Boys

A. J. McLean (38 Years old)

Sunday, 27 November 2016

Iphone 7 vs Asid

Tak ada kerja?

Pernah tak terfikir untuk masukkan iphone anda ke dalam asid? Lelaki ini telah menjalankan satu eksperimen tentang apa yang akan terjadi kepada iphone 7 tersebut dengan asid.




11 Fakta Menarik Mengenai Penerbangan Udara!

Facts!

Bagaimana perjalanan di udara masih menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Di sini kami kumpulkan 11 fakta yang paling menarik tentang perjalanan udara untuk anda.


1. Pesawat boleh menahan panahan kilat.