"The Wild Wild West", adalah perkataan yang sering dikaitkan dengan 'cowboys', 'Red-Indians', pistol dan penembak tepat. Walaubagaimanapun, pengaruh "Wild Wild West" dalam anime bukan satu perkara biasa dan kebanyakannya digabungkan dengan era Sengoku Jepun dan tidak juga kurangnya unsur-unsur sihir atau robot gergasi yang melahirkan identiti yang original terhadap siri tersebut.
7. Cowboy Bebop
Cowboy Bebop menceritakan tentang pengembaraan angkasa 'Pemburu bounty' Spike Spiegel dan Jet Black. Mereka Mengembara di angkasa lepas dengan kapal mereka 'The Bebop' dan menerima arahan dan maklumat melalui rancangan televisyen. Watak-watak yang diperkenalkan juga ada yang memakai pakaian koboi lengkap dan juga menggambarkan diri mereka sebagai 'koboi angkasa lepas'. Pengaruh Barat ditunjukkan melalui penggabungan mafia dan juga lagu-lagu jazz.
6. Wild Arms - Twilight venom
Wild Arms mengisahkan seorang 'gunslinger' terperangkap didalam tubuh badan seorang budak berusia 10 tahun yang mengembara untuk mencari memori silamnya dan siapa yang meletakkan beliau di dalam tubuhnya sekarang. Wild Arms merupakan satu siri RPG Jepun-Barat yang mempunyai unsur syaitan, sihir dan senjata yang dipanggil ARMS. Namun demikian, siri ini nampak sedikit pelik oleh kerana campuran makhluk ghaib dan sihir.
5. Grenadier
Pertembungan diantara koboi dan samurai, Rushuna merupakan seorang 'Senshi' (gun-wielder) dan rakan samurai beliau, Yajiro yang mengembara ke bandar Tento untuk menghadapi Jester Misteri. Rushuna memiliki teknik yang 'insane' iaitu mengunakan lurah dadanya ketika 'reload' pistolnya.
4. Gun X Sword
Siri Gun X Sword dikatakan terlalu menyerupai Siri Cowboy Bebop. Kedua-dua karakter protagonis di dalam kedua siri tersebut mempunyai mengenakan sut hitam, rambut hitam dan sering terdesak untuk mencari makan. Siri Gun X Sword adalah satu contoh terbaik gabungan 'Wild west' dan juga robot.
3. Trigun
Vash Stampede, seorang lelaki dalam pelarian yang mempunyai 'bounty' bernilai 60 billion yang menyebabkan beliau sukar kemana-mana tanpa dikejar dan di tembak. Walaupun skill Vash menggunakan pistol adalah tahap 'insane', beliau adalah seorang yang cintakan keamanan dan tidak suka berlawan.
2. El Cazador de la Bruja
Menceritakan tentang dua wanita mengembara di padang pasir, iaitu seorang pemburu 'bounty' dan pembunuh yang disyaki. pengembaraan mereka merentasi Mexico untuk mencari kebenaran di sebalik kuasa luar biasa Ellis dan ingatannya yang hilang.
1. Gun Frontier
Gun frontier adalah siri anime yang mengadaptasikan watak-watak siri opera angkasa lepas Leiji matsumoto di sempadan barat amerika. Perjalanan Captain Harlock dan Tochiro Oyama membawa mereka ke dalam situasi yang rumit dan tidak diingini yang secara tidak langsung mendapati diri mereka membetulkan segala ketidakadilan di seluruh Old west.
Sumber animenewsnetwork
No comments:
Post a Comment