Wednesday, 30 November 2016

Lubang Besar Yang Telah Dibaiki Di Jepun Tenggelam Semula.

Tergesa-gesa?


8 November lalu, lubang besar muncul berdekatan Stesyen Hakata menggemparkan warga Fukuoka, Jepun. Walaubagaimanapun, lubang tersebut telah dibaiki pada awal bulan ini yang mengambil masa hanya beberapa hari sahaja. Namun demikian, pada hari Sabtu lepas, jalan tersebut terpaksa ditutup semula kerana dilihat tenggelam kira-kira 2.7 inci. Penguat kuasa bandar tersebut memberitahu bahawa terdapat beberapa pergerakan berlaku yang telah dijangka selepas menggunakan pasir dan simen untuk menutup lubang tersebut. Datuk bandar Fukuoka, Soichiro Takashima telah memohon maaf kerana tidak memberi amaran bahawa jalan tersebut berkemungkinan tenggelam semula kepada penduduk.







  


Sumber CNN

No comments:

Post a Comment