Facts!
Bagaimana perjalanan di udara masih menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Di sini kami kumpulkan 11 fakta yang paling menarik tentang perjalanan udara untuk anda.
1. Pesawat boleh menahan panahan kilat.
Menurut statistik, setiap tahun pesawat sering disambar kilat. Kejadian ini biasanya berlaku tanpa kesan berbahaya pada pesawat kerana pesawat moden mempunyai lapisan khas yang melindungi pesawat daripada kesan berbahaya panahan kilat.
2. Kerusi paling selamat dalam Pesawat tidak wujud.
Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh TIME menunjukkan bahawa kemungkinan hidup semasa kemalangan kapal terbang adalah lebih tinggi jika duduk di bahagian belakang pesawat. Walaubagaimanapun, menurut data daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, tidak ada perkara seperti kerusi selamat dalam kapal terbang. Dalam keadaan kecemasan, selalu ada situasi yang tidak dijangka walaupun sudah ada dalam perancangan.
3. Sesetengah kapal terbang mempunyai ruang rahsia untuk krew kapal.
Dalam penerbangan jarak jauh, krew kapal mungkin perlu bekerja untuk selama 16 jam. Untuk membolehkan mereka berehat, beberapa pesawat mempunyai kawasan tidur kecil untuk 6-10 orang. Ruang rahsia tersebut kelihatan seperti gambar di atas.
4. Jika satu enjin gagal, kapal terbang masih boleh sampai ke destinasi dengan menggunakan enjin yang lain.
Kegagalan enjin pesawat berfungsi amat menakutkan untuk mana-mana penumpang diudara. Pesawat moden telah direka untuk menangani keadaan itu. Ini adalah kerana laluan kapal terbang direka jika terdapat satu enjin gagal ia boleh terbang ke lapangan terbang terdekat dengan hanya menggunakan satu lagi enjin yang tinggal.
5. Mengapa lampu dimalapkan dan tirai tingkap perlu dinaikkan semasa berlepas dan mendarat.
Apabila kapal terbang berlepas atau mendarat dalam keadaan gelap, lampu sentiasa dimalapkan. Ini dilakukan jika berlakunya berlaku kecemasan, penumpang dan anak kapal dapat menyesuaikan diri dengan kegelapan. Secara tidak langsung, membolehkan mereka untuk bergerak dengan lebih cepat dalam gelap.
6. Dilarang untuk merokok dalam kapal terbang. Jadi mengapa ada bekas habuk rokok di dalam tandas?
Merokok di atas pesawat adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun terdapat bekas habuk rokok dalam setiap tandas. Ini adalah kerana mereka telah meramal bahawa beberapa penumpang yang degil mungkin cuba untuk menghisap rokok dan untuk memastikan bahawa puntung rokok tidak dibuang ke dalam tandas dan berisiko untuk terbakar itu, mereka memasang bekas habuk rokok di tandas pesawat. Tetapi itu tidak bererti anda boleh merokok kerana semua tandas dilengkapi dengan penggera asap, dan penumpang yang melanggar peraturan akan didenda dan disenarai-hitam daripada menggunakan syarikat penerbangan itu lagi.
7. Mengapa makanan di atas kapal terbang kurang sedap?
Makanan dalam kapal terbang memang tidak berapa sedap, tetapi ini bukan kesalahan syarikat penerbangan. Ia disebabkan oleh kadar kelembapan yang rendah dan tekanan dalam kabin yang mengurangkan sensitiviti reseptor rasa kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita kehilangan keupayaan untuk merasa makanan yang manis dan masin sebanyak 30% dalam keadaan sedemikian.
8. Mengapa terdapat lubang di antara tingkap?
Tingkap dalam kapal terbang adalah terdiri daripada tiga panel akrilik yang berbeza. Oleh kerana perbezaan suhu pada ketinggian yang berbeza, panel perlu dapat menahan sejumlah besar tekanan. Lubang kecil antara panel tengah dan luar membolehkan tekanan di antara tingkap diatur, sekali gus mengelakkan kemungkinan ia pecah. Ia juga menghalang tingkap daripada membeku.
9. Topeng oksigen di atas kapal hanya bertahan selama 15 minit sahaja.
Apabila tekanan jatuh dalam kabin pesawat, penumpang perlu menggunakan topeng oksigen untuk bernafas. Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa ia hanya boleh digunakan untuk tempoh maksimum 15 minit. Ini adalah jumlah masa yang biasanya diperlukan untuk menurunkan pesawat ke ketinggian dimana penumpang boleh bernafas seperti biasa tanpa topeng tersebut.
10. Tayar kapal terbang tidak boleh pecah di pendaratan.
Tayar pada roda kapal terbang boleh menahan beban 38 tan. Ia boleh digunakan dalam lebih 500 pendaratan pada kelajuan 280 km/h sebelum ia perlu digantikan. Tekanan di dalam tayar tersebut adalah kira-kira enam kali lebih tinggi daripada tekanan dalam tayar kereta. Apabila tiba masanya untuk menggantikan tayar, ia dikeluarkan dengan menggunakan Jek sama seperti sebuah kereta.
11. Mengapa pesawat meninggalkan kesan putih di langit.
Garis putih adalah hasil daripada pemeluwapan (kondensasi). Semasa penerbangan, enjin pesawat melepaskan wap air, yang lesap ke dalam suasana sejuk. Hasilnya ialah kesan putih yang anda lihat. Prinsipnya sama seperti apabila anda boleh melihat nafas anda dalam cuaca sejuk.
Sumber brightside
No comments:
Post a Comment