Monday, 14 November 2016

Skala Kemusnahan Jika Serangan Nuklear Berlaku di Kuala Lumpur

Total Destruction! 


Di dunia yang penuh ketidakstabilan politik dan di kancah peperangan, seringkali kita dengar mengenai khabar angin mengenai Perang Dunia Ketiga mungkin akan mendekati kita. Tambahan pula teknologi untuk memusnahkan manusia di muka bumi ini pesat dibangunkan seperti Peluru Berpandu Nuklear 50 Megaton Tsar Bomba yang dikatakan mempunyai kuasa kemusnahan paling hebat yang pernah diuji setakat ini. 



Laman sesawang Would I Survive a Nuke adalah sebuah laman yang dapat mengukur kesan kemusnahan yang diakibatkan oleh serangan nuklear terhadap kawasan yang dipilih. Ia memberitahu sekiranya anda akan hidup dan juga radius kawasan yang akan mengalami impak serangan tersebut. 

Laman sesawang ini akan menunjukkan radius dan kesan serangan nuklear Tsar Bomba 50 Megaton, Castle Bravo 15 Megaton, Minuteman 1 Megaton, Peacekeeper 350 Kiloton dan Fatman 18 KilotonSebagai contoh, jika anda berada di kuala lumpur dan diserang Peluru Berpandu Nuklear Tsar Bomba 50 Megaton anda mungkin akan mati kerana hampir seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan terkena impak kemusnahan serangan itu. 






Sumber wouldisurviveanuke

No comments:

Post a Comment