Sunday, 30 October 2016

Tayangan Death Note - Light up the New World di Indonesia

Pengedar filem Indonesia Moxienotion, mengumumkan pada Khamis lepas bahawa ia akan menayangkan filem 'live-action' Death Note-Light up the New World. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 29 Oktober 2016.



Pengarah filem tersebut iaitu Shinsuke Sato turut menyaksikan lagu tema filem itu yang berjudul "Dear Diary" dan "Fighter" yang dinyanyikan oleh Namie Amuro. Filem ini juga turut menampakkan kerjasama diantara Warner Brothers.

Death Note menceritakan tentang Yagami Light yang terjumpa buku catatan Shinigami (dewa kematian) yang mampu membunuh sesiapa sahaja dengan menulis nama meraka didalam buku tersebut. 

Filem ini juga adalah sekuel dari dua filem 'live-action' sebelum ini dan menampilkan bintang seperti Masaki Suda, Sousuke Ikematsu, Masahiro Higashide, Rina Kawaei, Mina Fujii, Erika Toda dan Shidou Nakamura.

Dalam Sekuel terbaru ini, ia menceritakan tentang sebuah masyarakat maju yang dihimpit dengan keganasan siber secara global. Pengganti berkarisma yang mewarisi 'DNA' Yagami Light dan Detektif L turut merancakkan lagi filem ini dengan strategi genius yang melawan enam buah buku 'Death Note'.

No comments:

Post a Comment