Wednesday, 26 October 2016

Akibat dikutuk Makcik sendiri, Lelaki ini nekad untuk kurus

 



Hal ini perkara biasa terjadi apabila seseorang yang dahulunya kurus dan sekarang telah 'Oversize'. Hal telah diceritakan oleh seorang lelaki yg menggelarkan dirinya sebagai Azman. Lelaki ini menceritakan pengalaman beliau semasa berada di majlis pertunangan sepupu beliau. Hal ini menyebabkan lelaki ini nekad membuat keputusan untuk kurus.

"Aku down bro lepas makcik aku cakap aku gemuk, Sedap ja dia kata kat aku depan orang lain kat majlis sepupu aku. Aku nak kurus weh. mak cik pak cik aku semua kutuk badan aku gemuk."
aku ingat lagi aku pernah cerita benda nie kat Firus pasal benda ni. Banyak cara gak aku cuba, banyak ubat jugak aku beli, banyak jugak duit habis pergi gym tunggang terbalik, semua benda tak menjadi.
Pernah gak aku 'give up' pasal hal nie, seminggu jugak laa aku tak jumpa orang dan duk berkurung je dalam bilik pasal hal ni ja. Pastu 1 hari, aku terfikir 1 benda, sedangkan bab nak kurus nie pun aku dah give up, nie kan pulak aku nak lalui zaman perkahwinan. Lagi banyak dugaan nanti.

So start dari hari tu, aku mula nekad untuk 'Projek kurus 2'. Kali nie aku banyak buat kajian pasal hal nie. So tak laa sia-sia 'projek' kali nie.

aku mulakan dengan letak target diet untuk seminggu dulu tengok macam mana badan aku nak terima. Tips nie aku share dengan apa yang aku perlu buat dan lalui hari-hari. Ada antara tips nie kita buat, tapi hasil kurang memberangsangkan atas sebab tak bersungguh dan separuh jalan. Nie tips yang aku buat hari selama sebulan:


1. Kerap minum air kosong secara berterusan

Benda nie banyak orang bangkang sebab ada orang kata akan buat lagi jadi buncit. Tapi sebenarnya air yang kita minum tu akan cuci semua kotoran dan toksin dalam badan dan akan jaga badan kita secara berterusan. Kalau boleh, sentiasa bawak bekal air kosong kalau kemana-mana. Sekali minum, minum dalam kuantiti yang banyak.


2. Kurangkan atau elakkan meminum air berkarbonat.

Hal nie sangat-sangat laa kena ambil perhatian. Kandungan gula dalam air berkarbonat nie laa punca perut susah nak kempis dan salah satu punca buncit. Walaupun air berkarbonat yang ada label 'diet' sekali pun, semua tu hanyalah marketing syarikat minuman tersebut saja. Paling kurang pun kalau nak minum air selain air kosong, boleh minum limau ais atau air kopi. Tapi kalau boleh, langsung jangan ambil air yang bergula.

3. Banyakkan berpuasa.

Bila sentuh bab berpuasa nie, ada sesetengah orang atas bumi nie jadi lemah. Ada macam-macam alasan dilontarkan, "tak larat laa, dengan kerja banyak kena guna banyak tenaga". Orang cakap, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", "Hang nak kurus ke tak sebenarnya nie?". Akan tetapi setiap manusia ada kelemahan dia sendiri. Jangan terlalu memaksa badan sampai memudaratkan. Cuba kurangkan permakanan dan cuba amal pengambilan buah dan sayur-sayuran sahaja untuk sehari tu.

4. Ambil permakanan yang memberi tenaga.

Banyak ambil permakanan yang semulajadi dan bukan makan yang diproses. Hal ini kerana makanan semulajadi ini memudahkan sistem penghadaman perut. Bila keluar makan di luar, cuba banyakkan ulam-ulaman dan makan yang berprotien yang dipanggang atau dibakar.

5. Selalu bersenam

Nie lagi satu hal yang selalu jadikan semangat seseorang luntur. Tapi benda nie kalau diamalkan, memang cepat kesannya terhadap badan. Bukan setakat kuatkan badan, menyihatkan badan jugak. Cuba disiplinkan diri dalam bab bersenam dan in Shaa Allah dengan izin Allah badan akan jadi kurus. Dalam seminggu, kalau boleh 2 kali buat aktiviti seperti joging atau berbasikal. Kalau terlalu sibut, boleh curi masa sedikit untuk pergi ke gym atau lakukan senaman didalam bilik. Banyak cara-cara senaman dalam rumah di carian youtube yang anda boleh cari dan cuba.


Sekian tu sahaja tips penjagaan badan dari aku yang tak seberapa nie.
Moral of the story~  Kuatkan semangat dan cuba banyakkan duduk lepak dengan kawan-kawan yang boleh bagi korang semangat dan sokongan moral. bak kata kawan aku "orang hensem nie selalunya pandai jaga makan".

No comments:

Post a Comment