Sad.
Selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor, Amerika Syarikat telah menahan kira-kira 110,000 rakyat Amerika-Jepun dan memaksa mereka ke dalam Pusat Permindahan (Relocation Centers) yang memaksa mereka menutup perniagaan dan meninggalkan pekerjaan mereka. Perintah tersebut itu telah dikeluarkan oleh Presiden Franklin D. Roosevelt pada 19 Februari 1942. Ejen FBI menyerbu rumah-rumah Issei (pendatang generasi pertama dari Jepun). Kerajaan AS juga membekukan aset-aset yang disambungkan ke Jepun. Mereka yang aset tidak dibekukan terpaksa segera menjual perniagaan dan harta benda mereka.
Kediaman kem dikongsi dengan orang yang tidak dikenali tanpa privasi sampaikan tiada ruang untuk bertukar pakaian dan mereka terpaksa beratur di luar untuk menggunakan kawasan mandi luar beramai-ramai. Kediaman yang sempit menyebabkan penyakit merebak pantas dan ramai yang mati akibat tiada rawatan perubatan yang betul. Satu-satunya cara untuk mereka meninggalkan kem adalah dengan menyertai Infantri 442nd Regiment Combat Team yang terdiri daripada Amerika-Jepun sahaja.