Saturday, 12 November 2016

[Video] Audi R8 Star of Lucis Final Fantasy XV : Kingsglaive

Out of this world!

Bagi penggemar kereta dan Final Fantasy XV pasti anda tidak asing lagi dengan Audi. Audi telah memaparkan kereta yang unggul yang direka khas di dalam filem CG popular Final Fantasy XV: Kingsglaive yang diberi nama Audi R8 Star of Lucis. Audi Jepun telah mula mempromosi kereta replika Audi R8 tersebut di laman sesawang rasminya. R8 tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun ke-20 Putera Noctis, iaitu waris kepada takhta kerajaan Lucis dalam filem tersebut. Kereta tersebut dikatakan mempunyai enjin 5.2 liter R8 V10 dan mampu menjana kuasa 610PS (601HP). 





Audi akan mengeluarkan loteri untuk menjual Audi R8 Star of Lucis, dan ia akan dibuka pada 21 November 2016. Pemenang loteri akan diberi penghormatan untuk membeli kenderaan tersebut pada harga $470,000 USD!! 



Sumber Audi Japan

No comments:

Post a Comment