Satu lubang besar terbuka di jalan raya di hadapan Stesyen Hakata, Fukuoka. Kejadian ini berlaku pada kira-kira 5:15 pagi, 8 Nov lalu.
Lubang ini beransur-ansur menjadi lebih besar. Ia membesar sehingga kira-kira 15 meter dalam, 27 meter lebar dan 30 meter panjang. Menurut Biro Pengangkutan Fukuoka City, kerja-kerja pembinaan untuk memperluaskan Line Nanakuma sistem kereta api bawah tanah di bandar ini sedang dijalankan kira-kira 25 meter di bawah jalan raya ini.
Sebelum berlakunya kejadian ini terdapat petanda seperti aliran air keluar dari jalan tersebut dan pekerja binaan sempat berpindah ke tempat selamat.
Disebabkan kemalangan ini berlaku di kawasan perniagaan,jalan raya timur-barat telah ditutup kepada semua lalu lintas. Terdapat gangguan air dan kuasa berlaku di beberapa kawasan berhampiran. Tiada siapa yang cedera semasa kejadian lubang besar ini berlaku.
Sumber TheJapanNews
No comments:
Post a Comment