Van Elektrik terbaru dari Nissan, yang diberi nama WORKSPACe mampu menempatkan sebuah pejabat didalam sebuah van. Anda boleh menikmati keseronokan bekerja dengan kemewahan dan reka bentuk pejabat mudah alih yang bergaya. Nissan dengan kerjasama Studio Hardie mereka pejabat mudah alih e-NV200 WORKSPACe ini yang dijana sepenuhnya dengan kuasa elektrik. Dan hasilnya adalah menarik.
E-NV200 WORKSPACe mempunyai apa sahaja yang anda perlukan di pejabat anda. Ia mempunyai sebuah komputer skrin-sentuh, sebuah meja lipat, lampu LED yang boleh dikawal, sistem audio bluetooth , pengecas telefon pintar tanpa wayar, mesin kopi barista yang berkualiti, peti sejuk mini dan sudah tentu internet tanpa wayar.

Sumber InterestingEngineering
No comments:
Post a Comment