Permainan Video RPG popular Jepun, Persona 5 yang dinanti-nanti telah ditunda selama beberapa bulan. Versi bahasa Inggeris game ini asalnya dijadualkan pada 14 Februari 2017 telah ditunda ke 4 April 2017.
Persona telah menjadi sebahagian dari "cult classic" berikutan dari pelancaran Persona 3 dan 4 untuk PlayStation 2, yang berjaya menggabungkan unsur RPG yang kompleks dengan unsur simulasi kehidupan harian dimana pemain sebagai watak utama, iaitu seorang pelajar sekolah tinggi dalam misi menyelamat dunia di tambah pula bimbang tentang peperiksaan dan kehidupan sosialnya. Permainan video ini boleh didapati di kedua-dua konsol PlayStation 3 dan PlayStation 4 apabila ia dilancarkan.
Sumber TheVerge
No comments:
Post a Comment