Don't Try This!
Lethebo Rabalago, seorang paderi di wilayah Limpopo, Afrika Selatan itu mengatakan bahawa menyembur racun perosak ke muka pesakit boleh menyembuhkan kanser dan HIV. Lelaki yang mendakwa dirinya 'nabi' itu menyembur racun serangga berjenama "Doom" terus ke muka pengikut-pengikutnya, dan memberitahu bahawa ia akan menyembuhkan mereka daripada pelbagai penyakit.
Susulan daripada berita tersebut, syarikat Tiger Brands iaitu pengeluar produk berkenaan turut menyatakan "ia sangat jelas bahawa menyembur "Doom Super Multi Insect Killer" atau mana-mana semburan aerosol yang lain ke muka manusia adalah sangat tidak selamat."
Sumber DailyMail
No comments:
Post a Comment