Cool Place!
Setelah berdekad lamanya, Iraq telah membuka muziumnya yang pertama dan amat menarik perhatian dunia. Istana Faux-Rococo di Basra yang berdekatan sempadan Kuwait ini adalah sebenarnya istana lama Saddam Hussein. Muzium di Basra ini adalah salah satu daripada hampir 100 kediaman mewah milik Saddam Hussein semasa pemerintahan beliau.
Menurut BBC, muzium ini mempamerkan artifak purba yang berusia lebih dari 2000 tahun dahulu seperti tembikar, syiling perak, keranda dan jubin. Terdapat beberapa villa berhampiran istana itu telah disediakan untuk sebagai bilik hotel untuk pengunjung.
Mungkinkah ini akan menjadi tempat seterusnya bagi destinasi pelancongan anda?
Sumber bbc.com & dailymail.co.uk




No comments:
Post a Comment