Tuesday, 8 November 2016

Harga Barang di Isetan yang Macam 'Setan'

Too much!

Baru-baru ini Says telah melakukan lawatan ke Isetan yang baru dibuka di Lot 10 Kuala Lumpur. Bagi peminat-peminat barangan Jepun ia mungkin satu perkara yang amat mengujakan. Akan tetapi apabila anda lihat pada harga barangan yang disediakan, mungkin anda akan terkejut dengan harga-harga yang ditawarkan. Memang kenalah dengan namanya 'Isetan'.


Jangan terkejut harga berus 'jamban' harga RM221.33. Hal ini menjadi viral kerana harganya sangatlah tidak logik dek akal. Banyak lagi barang-barang yang dijual di Isetan dengan harga yang agak melampau, seperti penyapu sampah yang berharga RM530. Wow! Mungkin penyapu ini boleh terbang.



Casing Iphone berharga RM 9000. Ia dibuat dari Duralumin. Bagaimana? Anda rasa anda mampu untuk memiliki atau hanya mampu melihat? Tepuk poket, tanya wallet.

Sumber Says

No comments:

Post a Comment