Wednesday, 30 November 2016

Lubang Besar Yang Telah Dibaiki Di Jepun Tenggelam Semula.

Tergesa-gesa?


8 November lalu, lubang besar muncul berdekatan Stesyen Hakata menggemparkan warga Fukuoka, Jepun. Walaubagaimanapun, lubang tersebut telah dibaiki pada awal bulan ini yang mengambil masa hanya beberapa hari sahaja. Namun demikian, pada hari Sabtu lepas, jalan tersebut terpaksa ditutup semula kerana dilihat tenggelam kira-kira 2.7 inci. Penguat kuasa bandar tersebut memberitahu bahawa terdapat beberapa pergerakan berlaku yang telah dijangka selepas menggunakan pasir dan simen untuk menutup lubang tersebut. Datuk bandar Fukuoka, Soichiro Takashima telah memohon maaf kerana tidak memberi amaran bahawa jalan tersebut berkemungkinan tenggelam semula kepada penduduk.





Runtuhan Konkrit Di KL Eco City!

Kejadian nahas ini berlaku kira-kira 3.30 ptg, 30 November 2016. Struktur konkrit yang setinggi bangunan dua tingkat ini runtuh lalu menghempap pekerja binaan. Setakat ini disahkan lima cedera dan seorang maut. Seramai 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah dan Seputih di kerah bagi tindakan menyelamat di lokasi insiden berlaku.




Dekorasi Rumah Menggunakan Pita Pelekat.

Kreatif! 


Ingin menghiasi dinding rumah tapi tidak boleh mengecat rumah kerana anda menyewa rumah tersebut? Anda boleh menghiasi dinding anda dengan mural yang menggunakan pita pelekat seperti yang dilakukan oleh Laura Liivo ini. Ianya sangat cool dan minimalis.



Gadis Di China Dihukum Penjara 4 Tahun Kerana Membuat Porno!

Wow!

Seorang wanita China akan menghabiskan 4 tahun di penjara selepas mahkamah tempatan telah mendapati  beliau bersalah kerana melakukan video pornography secara online. Wanita berusia 21 tahun itu juga diperintahkan untuk membayar denda sebanyak 100,000 yuan ($ 14,452). Siasatan lanjut mendapati bahawa wanita tersebut ataupun dikenali sebagai Lin, telah mengumpul 40,000 peminat dalam talian dan sebahagian daripada kumpulan yang telah menghasilkan koleksi 31 video lucah.

Mutiara Terbesar Di Dunia Di Jumpai Di Filipina!

So Big!


Seorang nelayan Filipina menjumpai sebiji mutiara yang dikatakan terbesar di dunia. Mutiara itu dijumpai nelayan itu sepuluh tahun yang lalu. Beliau tidak mengetahui bahawa nilai mutiara itu boleh mencecah berpuluh-puluh juta dolar dan menyimpan mutiara yang seberat 34kg itu di bawah katil kayunya sebagai azimat. 




[Video] Penampakan UFO di Turki.

Covered up?


Pada 27 November 2016, Seluruh dunia digemparkan dengan penampakan UFO di Turki dan gambar-gambar tersebut dikongsi di Twitter dengan hashtags #ufoattacttoturkey dan #ufoattacktoturkey. Ia menjadi topik trending di seluruh dunia. Walaubagaimanapun yang menjadi kehairanan semua ialah gambar, video dan hashtags yang dikongsi telah dikeluarkan daripada laman sosial media dan youtube. 



Dulu Vs Sekarang : Rupa Boy Band 90-an Yang Anda Kenali.

Transformation! 



Jika anda salah seorang daripada generasi yang lahir pada tahun 90-an, sudah pasti anda tidak asing lagi dengan boy-bands seperti Backstreet Boys dan NSYNC. kami selitkan beberapa gambar perbandingan mereka dahulu dan sekarang. 


Backstreet Boys

A. J. McLean (38 Years old)

Sunday, 27 November 2016

Iphone 7 vs Asid

Tak ada kerja?

Pernah tak terfikir untuk masukkan iphone anda ke dalam asid? Lelaki ini telah menjalankan satu eksperimen tentang apa yang akan terjadi kepada iphone 7 tersebut dengan asid.




11 Fakta Menarik Mengenai Penerbangan Udara!

Facts!

Bagaimana perjalanan di udara masih menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Di sini kami kumpulkan 11 fakta yang paling menarik tentang perjalanan udara untuk anda.


1. Pesawat boleh menahan panahan kilat.



Layanan Terhadap Rakyat Jepun-Amerika Semasa Perang Dunia Kedua Di Amerika Syarikat.

Sad.


Selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor, Amerika Syarikat telah menahan kira-kira 110,000 rakyat Amerika-Jepun dan memaksa mereka ke dalam Pusat Permindahan (Relocation Centers) yang memaksa mereka menutup perniagaan dan meninggalkan pekerjaan mereka. Perintah tersebut itu telah dikeluarkan oleh Presiden Franklin D. Roosevelt pada 19 Februari 1942Ejen FBI menyerbu rumah-rumah Issei (pendatang generasi pertama dari Jepun). Kerajaan AS juga membekukan aset-aset yang disambungkan ke Jepun. Mereka yang aset tidak dibekukan terpaksa segera menjual perniagaan dan harta benda mereka.

Kediaman kem dikongsi dengan orang yang tidak dikenali tanpa privasi sampaikan tiada ruang untuk bertukar pakaian dan mereka terpaksa beratur di luar untuk menggunakan kawasan mandi luar beramai-ramai. Kediaman yang sempit menyebabkan penyakit merebak pantas dan ramai yang mati akibat tiada rawatan perubatan yang betul. Satu-satunya cara untuk mereka meninggalkan kem adalah dengan menyertai Infantri 442nd Regiment Combat Team yang terdiri daripada Amerika-Jepun sahaja. 


Saturday, 26 November 2016

12 Bintang Hollywood Yang Kelihatan Lebih Cantik Berambut Pendek (12 Gambar).

Pulling them off!


Ini adalah 12 Bintang dari Hollywood yang dikatakan kelihatan lebih menarik apabila berambut pendek. 


Lily Collins


[Video] Bermain Grand Piano Bertemankan Icebergs Di Arctic Circle!

Bravo!

Komposer terkenal Itali, Ludovico Einaudi, mempersembahkan komposisi terbarunya "Elegy For the Artic" di atas bongkah ais Kutub Utara, dengan berlatar belakangkan ais yang mencair. 

Beliau memilih lokasi tersebut untuk meningkatkan kesedaran bagi memelihara alam sekitar yang unik seperti di Kutub Utara yang kini dimamah Pemanasan Global
Beliau bukan sahaja telah melakukan perbuatan yang baik bahkan muzik yang dimainkan itu sendiri sememangnya mempesonakan!



Pertandingan Foto Makro Nikon 2016 Menyaksikan Foto-Foto Yang Diluar Jangkaan.

Kecil tapi Besar!



Nikon baru sahaja mengumumkan pemenang acara tahunan mereka iaitu Pertandingan 'Small World Photomicrography'. Bagi mereka yang tidak tahu, 'Photomicrography' adalah amalan mengambil gambar melalui mikroskop atau mana-mana alat yang dapat menangkap butiran rumit yang tidak dapat dilihat dengan mata manusia. Peserta mempamerkan gambar-gambar yang menakjubkan yang mampu membuatkan anda terpegun seketika.


[Video] Kesilapan Yang Paling Teruk Dilakukan Oleh Penjaga Gol Ini!

Do better next time!


Penjaga gol Minnesota United, Sammy Ndjock, telah membuat kesilapan besar dalam perlawanan menentang Bournemouth. Ini kerana, Sammy cuba untuk membaling bola kepada rakan sepasukan, malangnya masuk ke dalam gol sendiri.



Friday, 25 November 2016

[Video] Cacing Tanah- Menakutkan Atau Tidak?

You guess!

Setakat ini mungkin kita tidak pernah peduli akan cacing tanah kerana ia tidak pernah mengganggu kita. Mahkluk ini cuma tinggal di dalam tanah, tidak menggigit dan hanya bergerak di atas tanah. Jadi apa yang nak ditakutkan? 
Walau bagaimanapun, selepas melihat gambar-gambar cacing tanah gergasi dari seluruh dunia, anda mungkin akan berubah fikiran terhadap cacing
Dari Australia ke Afrika, malah di Amerika Selatan, terdapat beberapa cacing tanah yang besar dan menakutkan di luar sana. 




Paderi Afrika Selatan ini mendakwa beliau boleh menyembuhkan Kanser dan HIV dengan menyembur racun perosak ke muka. (5 Gambar)

Don't Try This!


Lethebo Rabalago, seorang paderi di wilayah Limpopo, Afrika Selatan itu mengatakan bahawa menyembur racun perosak ke muka pesakit boleh menyembuhkan kanser dan HIVLelaki yang mendakwa dirinya 'nabi' itu menyembur racun serangga berjenama "Doom" terus ke muka pengikut-pengikutnya, dan memberitahu bahawa ia akan menyembuhkan mereka daripada pelbagai penyakit. 

Susulan daripada berita tersebut, syarikat Tiger Brands iaitu pengeluar produk berkenaan turut menyatakan "ia sangat jelas bahawa menyembur "Doom Super Multi Insect Killer" atau mana-mana semburan aerosol yang lain ke muka manusia adalah sangat tidak selamat."


Perompak Meninggalkan Telefon Bimbit Selepas Merompak!

Bad day!

Wang lebih 5,000,000 Thai Bhat (RM 620,000) berjaya dilarikan seorang lelaki bersenjata  dalam satu rompakan mesin ATM di Thailand baru-baru ini. Malangnya bagi lelaki itu, telefon bimbit miliknya itu tercicir semasa rompakan tersebut. Kelalaiannya itu memudahkan lagi pihak polis untuk menjejaknya. 
 


Thursday, 24 November 2016

[Video] 'Rantaian Manusia' Menyelamatkan Warga Emas yang Jatuh ke Dalam Sungai.

Cemas! 


Rabu lepas, orang ramai telah membentuk 'rantaian manusia' untuk menyelamatkan seorang warga emas yang terjatuh ke dalam sungai di Kunming, Wilayah Yunnan. Susulan daripada tindakan pantas orang ramai mengeluarkan warga emas itu, mereka juga telah melakukan CPR kepadanya sebagai tindakan awal sebelum ambulans tiba di tempat kejadian bertujuan untuk menyelamatkan warga emas itu.




[Video] Iklan "Stop Drinking" dari Thailand yang Makan Dalam.

Kreatif!


Selain daripada Tomyam dan Padprik yang superb, Thailand juga adalah salah sebuah negara yang mempunyai iklan tv yang power, kreatif, original dan paling straight to the point. Memang makan dalam kepada sesiapa yang menonton iklan ini.



Van Atau Pejabat!

Cool!

Van Elektrik terbaru dari Nissan, yang diberi nama WORKSPACe mampu menempatkan sebuah pejabat didalam sebuah van. Anda boleh menikmati keseronokan bekerja dengan kemewahan dan reka bentuk pejabat mudah alih yang bergaya. Nissan dengan kerjasama Studio Hardie mereka pejabat mudah alih e-NV200 WORKSPACe ini yang dijana sepenuhnya dengan kuasa elektrik. Dan hasilnya adalah menarik.




Dickliner - Trend Melukis Zakar Pada Kelopak Mata Anda!

Really!

Dickliner adalah satu trend solekan mata terbaru dengan lukisan zakar sebagai sayap eyeliner dimata anda. Jika anda ingin tampak lebih menarik dan unik, anda boleh menambah beberapa bola testikel di sudut dalam mata anda. Seni solekan yang direka oleh Asia Brautigam ini menarik ramai peminat kecantikan yang lain untuk mencubanya sendiri.



[Video] Pendaratan Luar Biasa Pesawat A380 Emirates Dalam Ribut Angus.

Spectacular!


Pesawat Airbus A380 dari Emirates Airlines baru-baru ini telah melakukan pendaratan yang menakjubkan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. Kapal terbang tersebut terbang melawan arus angin yang menyebabkan ia berada di dalam keadaan yang senget ketika melakukan pendaratannya itu. Pendaratan itu dikategorikan sebagai teknik pendaratan 'ketam'.  



[Video] Kebolehan Gadis Jepun ini Makan Sangat Mengagumkan!

Gulp! 

Kinoshita Yuka adalah seorang Youtubers dan juga menggelarkan dirinya sebagai 'competitive eater' ini mampu makan makanan seberat 4 kilogram atau lebih hanya dengan sekali makan saja. Beliau juga digelar "Oogui Eater" iaitu makan dengan banyak. Dalam siri 'Mukbang' terbarunya, beliau menumpaskan menu dari Mcdonalds iaitu Kalbi Mac, chocolate pies, McFlurry Tiramisu, fries dan Cola. Siapa sangka gadis sekecil ini mampu makan sebanyak ini. 


Wednesday, 23 November 2016

[Video] Justin Bieber Menumbuk Wajah Peminatnya.

Again?

Ketika Justin Bieber dalam perjalanan ke persembahannya di Barcelona itu, salah seorang peminatnya yang menghampiri kereta yang dinaikinya itu dengan tujuan untuk menyentuhnya. Justin Bieber bertindak dengan menumbuk muka peminat yang ingin menyentuhnya dan mengakibatkan peminatnya itu berdarah teruk di bahagian mulutnya.


5 Bangunan Unik Di China!

Unik !

Gaya seni bina bangunan di China sangat berbeza dengan imej negara itu sendiri. Obsesi China dalam seni bina bangunannya sangat melampau sehingga beberapa reka bentuk
bangunan yang pelik pun dibinanya.
  
The Eiffel Tower



Saturday, 19 November 2016

Persona 5 Ditangguhkan Sehingga April 2017!

Bad Day! 

Permainan Video RPG popular Jepun, Persona 5 yang dinanti-nanti telah ditunda selama beberapa bulan. Versi bahasa Inggeris game ini asalnya dijadualkan pada 14 Februari 2017 telah ditunda ke 4 April 2017. 


[Video] CBCC - PIKOTARO-san Mengajar Elmo dan Cookie Monster Menari.

It's CBCC! 

Sesame Street Japan baru-baru ini telah bekerjasama dengan Pikotaro-san dalam mengeluarkan PPAP versinya sendiri iaitu CBCC - Cookie Butter Choco Cookie. Beliau mengajar Elmo dan Cookie Monster bagaimana untuk menari tarian tersebut dengan baik. 

[Video] 3 Kesilapan Besar ketika anda Mencuci Muka.

Doin' it wrong!

Hampir kebanyakan daripada anda berfikiran yang mencuci muka adalah perkara biasa dan mudah yang dilakukan pada setiap hari. Tujuan mencuci muka adalah untuk membuang kotoran dan minyak berlebihan pada liang muka. Walaubagaimanapun, kita tidak sedar bahawa rutin harian itu salah dan melakukan beberapa kesilapan besar ketika mencuci muka.



40 Foto Terbaik dari Reuters Tahun 2016.

A picture is worth a thousand words! 

Thomson Reuters adalah salah sebuah agensi berita multimedia antarabangsa terbesar di dunia dan tidak hairanlah jika ia mempunyai wartawan hampir di seluruh pelusuk dunia yang sentiasa mendokumenkan semua peristiwa tidak kira besar atau kecik. 
Business Insiders telah memilih 40 gambar terbaik yang mempunyai impak daripada kompilasi gambar terbaik Reuters yang diambil pada tahun 2016 walaupun masih terdapat sebulan lagi sebelum memasuki tahun 2017. Gambar-gambar yang diambil adalah daripada peristiwa yang berlaku seperti Brexit, IS, Pilihanraya Presiden US, Sukan Olimpik Rio dan sebagainya.




Friday, 18 November 2016

[Video] Fullmetal Alchemist Live Action!

Live action!

Warner Bros. Japan telah mengumumkan filem live-action yang diadaptasi dari Manga Fullmetal Alchemist yang dilukis oleh Hiromu Arakawa dan dijadualkan tayangannya di Jepun pada tahun depan.


Tuesday, 15 November 2016

[Video] ATM Rosak 'Muntah' Duit Sebanyak RM10,000

Jackpot!

Cuba bayangkan hari-hari anda seperti biasa, pergi ke bank untuk keluarkan duit dan perkara ini berlaku. Hal ini telah berlaku kepada seorang lelaki yang ingin mengeluarkan duit dari mesin ATM dan mesin tersebut telah 'muntahkan' duit RM50 dan RM100 sebanyak RM10,000. Lokasi kejadian dikatakan di Kuala Lumpur.


Monday, 14 November 2016

Skala Kemusnahan Jika Serangan Nuklear Berlaku di Kuala Lumpur

Total Destruction! 


Di dunia yang penuh ketidakstabilan politik dan di kancah peperangan, seringkali kita dengar mengenai khabar angin mengenai Perang Dunia Ketiga mungkin akan mendekati kita. Tambahan pula teknologi untuk memusnahkan manusia di muka bumi ini pesat dibangunkan seperti Peluru Berpandu Nuklear 50 Megaton Tsar Bomba yang dikatakan mempunyai kuasa kemusnahan paling hebat yang pernah diuji setakat ini. 


Sunday, 13 November 2016

CHiP - Ketuhar Pintar untuk Biskut yang Lazat!


Cookies!

Kini membakar biskut lebih mudah dengan CHiP adalah salah satu projek kickstarter yang paling DOPE dalam teknologi pembuatan biskut. Ia merupakan sebuah ketuhar pintar yang boleh membakar biskut dengan sempurna dan pantas. Hanya imbas doh biskut anda melalui aplikasi CHiP di telefon pintar, letakkan doh biskut anda dan tekan start pada ketuhar tersebut dan CHiP akan membawa kegembiraan dengan biskut yang segar dan panas di bawah 10 minit.



Vespa memperkenal Skuter Elektrik Pertamanya!

Cool ride!

Piaggio yang merupakan syarikat induk Vespa, mengumumkan keluaran terbaru mereka iaitu Vespa Elettrica di Milan Motorcycle Show. 
Vespa Elettrica ini mempunyai badan logam anggun dan aksen biru. Vespa ini dibina dengan teknologi elektrik terkini yang masih mengekalkan semua ciri-ciri yang ada bagi sebuah Vespa.



Saturday, 12 November 2016

[Video] Audi R8 Star of Lucis Final Fantasy XV : Kingsglaive

Out of this world!

Bagi penggemar kereta dan Final Fantasy XV pasti anda tidak asing lagi dengan Audi. Audi telah memaparkan kereta yang unggul yang direka khas di dalam filem CG popular Final Fantasy XV: Kingsglaive yang diberi nama Audi R8 Star of Lucis. Audi Jepun telah mula mempromosi kereta replika Audi R8 tersebut di laman sesawang rasminya. R8 tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun ke-20 Putera Noctis, iaitu waris kepada takhta kerajaan Lucis dalam filem tersebut. Kereta tersebut dikatakan mempunyai enjin 5.2 liter R8 V10 dan mampu menjana kuasa 610PS (601HP). 


Airport Korea dikerjakan oleh Pelancong China!

Kegilaan apakah ini!

Sebuah lapangan terbang di Korea Selatan ditinggalkan seperti tempat pembuangan sampah disebabkan pelancong dari China. Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju merupakan lapangan terbang kedua terbesar di negara itu, dipenuhi dengan sampah sarap yang ditinggalkan sesuka hati oleh pelancong China pada minggu lalu. 





[Video] Ulat Hidup Dijumpai Dalam Bar Coklat Cadbury!

Really!

Ulat pulak kali ni. 
Pada 7 November 2016 lepas, Sasha Lim telah memuat turun video dan beberapa gambar mengenai penemuannya yang mengejutkan itu. Beliau menyatakan hasrat beliau yang terkubur pada 'Cheat Day' dietnya itu ketika ingin menikmati Coklat bar Cadbury Dairy Milk Black Forest itu.  Beliau menemui lubang besar pada bar coklat tersebut dan mendapati bahawa ada ulat yang masih hidup di coklatnya itu.





Kerepek Kentang Termahal Di Dunia!

Gila Kentang! 

Kerepek kentang termahal di dunia ini dihasilkan oleh syarikat Beer Sweden, St. Eriks
Dengan harga $56 untuk sekotak ia hanya mengandungi lima keping cip kentang dan ia dikatakan antara yang paling mahal dan eksklusif di dunia. Bahan-bahan yang digunakan adalah kentang Almond dari bukit di Ammarnas, Cendawan Matsutake dari hutan di utara Sweden, rumpai laut Truffle dari Pulau Faroe dan Bawang Leksand.



NATO meletak 300,000 tentera dalam keadaan berjaga-jaga!

high alert!

Ketua Nato, Jens Stoltenberg panik kerana bimbang Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin menyerang barat telah meletakkan 300,000 tentera dalam keadaan berjaga-jaga. Hal ini kerana hubungan Rusia dan barat yang goyah pada tahun lalu disebabkan tindakan Rusia menyokong sekutu Syria, Presiden Bashar al-Assad, yang membawa kepada ketegangan serius diantara US, Britain dan Perancis.   


Wednesday, 9 November 2016

Era Kewujudan Negara Palestin Sudah Berakhir - Naftali Bennett

Trump'd!

Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Tuesday, 8 November 2016

[Video] Video Iguana Dikejar Oleh Ular Lebih Seram dari Cerita Hantu

Run for your life!

Baru-baru ini Planet Earth II telah menayang satu dokumentari yang dibuat oleh Sir David Attenborough tentang iguana yang baru menetas yang terpaksa melepaskan diri dari sekumpulan ular yang sangat banyak. Dokumentari ini dijalankan di Galapagos, Ecuador. Video dokumentari ini telah mendapat sambutan orang ramai kerana cara pengolahan yang memberikan rasa 'thrill' dan menakutan pada masa yang sama yang menyaksikan kesungguhan iguana tersebut melarikan diri dari ancaman ular-ular disitu.


Harga Barang di Isetan yang Macam 'Setan'

Too much!

Baru-baru ini Says telah melakukan lawatan ke Isetan yang baru dibuka di Lot 10 Kuala Lumpur. Bagi peminat-peminat barangan Jepun ia mungkin satu perkara yang amat mengujakan. Akan tetapi apabila anda lihat pada harga barangan yang disediakan, mungkin anda akan terkejut dengan harga-harga yang ditawarkan. Memang kenalah dengan namanya 'Isetan'.


Lubang Besar terbuka berdekatan Stesyen Hakata!

So Big!

Satu lubang besar terbuka di jalan raya di hadapan Stesyen Hakata, Fukuoka. Kejadian ini berlaku pada kira-kira 5:15 pagi, 8 Nov lalu. 




Monday, 7 November 2016

[Video] Pekerja Dihempap Forklift

Gore!

Baru-baru ini telah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan seorang pekerja kilang dihempap sebuah forklift. Satu rakaman video CCTV menunjukkan forklift yang sedang membawa muatan lebih dari sepatutnya telah terangkat dan wanita tersebut cuba untuk menstabilkan forklift tersebut. Usaha beliau sia-sia apabila beliau terjatuh dan forklift yang sedang terangkat itu kemudian menghempap wanita tersebut. Tiada maklumat tentang keadaan wanita yang dihempap itu.




Sunday, 6 November 2016

[Video] Rumah Bruce Lee yang Ditinggalkan

Baru-baru ini admin ada berkongsi tentang rumah pembekal ganja yang ditinggalkan. Kali ini admin ingin berkongsi cerita tentang rumah Bruce Lee, lagenda seni pertahankan diri yang berada di Kowloon Tong, Hong Kong. Selepas kematian beliau pada tahun 1973, rumah tersebut telah di beli oleh Yu Panglin, seorang dermawan dan dijadikan rumah tumpangan.


Istana lama Saddam Hussein dijadikan muzium!

Cool Place!

Setelah berdekad lamanya, Iraq telah membuka muziumnya yang pertama dan amat menarik perhatian dunia. Istana Faux-Rococo di Basra yang berdekatan sempadan Kuwait ini adalah sebenarnya istana lama Saddam Hussein. Muzium di Basra ini adalah salah satu daripada hampir 100 kediaman mewah milik Saddam Hussein semasa pemerintahan beliau.


Parking Secara Haram! Sebuah SUV 'dikebumikan' dengan 10 Tan Sampah

Macam mana laa bau kereta tu?

Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang agak kejam tetapi sangat puas hati dilihat. Seorang Lelaki bernama Shang telah mengambil tindakan untuk meletak kenderaan beliau di hadapan pintu masuk tempat pelupusan sampah atas alasan telah lewat untuk bertemu dengan kawannya. Melihat tindakan Shang itu, pekerja disitu telah mengambil keputusan untuk membuang semua sampah mengelilingi kereta Shang.




Sut 'Iron Man' Tentera US.

Modern Warfare!

SOCOM sedang bekerjasama dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) bagi membangunkan sut perisai yang diberi nama TALOS. Sut TALOS (Tactical Assault Light Operator Suit) telah direka khas untuk pemakainya mempunyai kekuatan luar biasa daripada penambahan exo-skeleton pada badan dan ia juga kalis peluru.

Selain daripada itu, TALOS juga memberikan pemakainya penglihatan malam (night vision) dan dapat mempertingkatkan mobiliti penggunanya dengan sistem peningkatan kuasa.