Wednesday, 2 November 2016

Seorang lelaki di China diterkam Panda Gergasi di zoo!

Wrestlemania!

Seorang lelaki telah menyelinap masuk ke dalam kandang Panda gergasi yang bernama 'Meiling' di sebuah Zoo di Nanchang, Wilayah Jiangxi khamis lepas. Tindakan beliau yang didakwa untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan wanitanya itu bertukar menjadi panik apabila mendapati dirinya bergusti dengan panda gergasi tersebut.









Lelaki tersebut dikatakan telah melompat ke dalam kandang Meiling lalu mengusik panda tersebut ketika ia sedang tidur. Lelaki itu kemudiannya panik apabila Meiling mula mencengkam kakinya, lalu mendapati dirinya bergelut untuk melepaskan diri. Lelaki tersebut terus meninggalkan zoo selepas berjaya melepaskan diri dari panda tersebut. 
Menurut saksi, seluar lelaki tersebut koyak sedikit dan tidak mempunyai sebarang kecederaan.

Sumber Mynewshub

No comments:

Post a Comment