Apple baru-baru ini telah mengumumkan tentang kehadiran Macbook Pro yang terbaru. Apple juga menyatakan bahawa dengan kehadiran Macbook Pro baru ini ia akan mengubah segala-galanya. Apple telah mengambil tindakan yang sangat berani dengan membuang kesemua port-port yang pernah ada dan digantikan dengan penggunaan USB-C. Tindakan ini adalah biasa bagi Apple kerana mereka sudah berjaya membuang banyak teknologi sedia ada seperti Floppy Disk Drive pada Imac generasi pertama dan DVD Drive pada Imac 2012.
1. Logo Apple pada Macbook Pro Tidak Lagi bercahaya.
Apple telah membuang logo bercahaya pada Macbook Pro yang pada suatu ketika dahulu adalah simbol kebanggaan kepada pengguna Macbook yang terdahulu.
2. 'Turn On' Secara Automatik.
Perkara yang menarik dengan Macbook baru ini adalah apabila Lid dibuka (dalam mode shut down), ia secara automatik akan terbuka. Ia sama seperti apabila Macbook berada didalam mode sleep.
3. Tiada Lagi bunyi 'Start-up Chime'.
Apple telah membuang bunyi startup dan setiap kali pengguna 'turn on' macbook mereka tiada bunyi kedengaran.
4. Tiada lagi MagSafe Power Charger
MagSafe power charger yang menrupakan icon kemahsyuran macbook telah digantin dengan charger USB-C.
5. Tiada lagi port USB.
Bagi
pengguna yang berkeinginan untuk membeli macbook pro ini, anda mungkin
perlu pertimbangkan perkara ini kerana Macbook Pro ini tidak mempunyai port usb yang biasa digunakan dan anda perlu membeli adapter tambahan jika anda mahu menggunakan apa sahaja peranti yang masih menggunakan usb biasa.
Rujukan: Slashgear | TrustedReview
No comments:
Post a Comment