Thursday, 3 November 2016

Soket Solar yang boleh dilekatkan di tingkap rumah anda

Green Energy!

Soket solar ini telah Dicipta oleh dua graduan dari Samsung Art and Design Institute of Seoul, Kyuho Song dan Boa Oh. Reka bentuk itu telah  dipamerkan di Global Grad Show of Dubai Design Week pada 24 Oktober lepas.
Soket ini merupakan satu alat baru yang membolehkan pengguna untuk mengecas gadget-gadget mereka hanya melalui tenaga solar secara langsung dari tingkap. Soket tersebut sangat kecil, ringan dan mudah digunakan.















Panel solar yang terbina memindahkan kuasa kepada bateri dalaman yang berkapasiti 1,000mAh dan penggunaannya sama seperti soket standard yang ada di rumah.
Ia sesuai digunakan semasa berkhemah, memandu jarak jauh ataupun gangguan bekalan elektrik. Ia mengambil masa lebih kurang lima hingga lapan jam untuk mengecas penuh soket solar tersebut dan boleh digunakan selama 10 jam semasa bateri penuh. 


No comments:

Post a Comment