Sunday, 6 November 2016

Samsung Memanggil Semula 34 Model Mesin Basuh.

Oh Man, Again!

Samsung Electronics yang baru-baru ini telah dilanda masalah dengan telefon pintarnya iaitu Galaxy note 7, sekali lagi berada di dalam situasi yang sama telah mengumumkan bahawa ia akan memanggil semula 34 model mesin basuh jenis muatan-atasnya itu di Amerika Syarikat kerana bimbang atas aspek keselamatan pada 4 November lalu.

Samsung dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan produk pengguna Amerika Syarikat (CPSC), mengumumkan panggilan semula mesin basuh muatan-atasnya itu yang dikeluarkan pada Mac 2011 sehingga kini. Mesin basuh yang terlibat mempunyai butang kawalan ditengah ataupun kawalan belakang.







Tindakan ini susulan daripada laporan tentang risiko kecederaan apabila mesin basuh tersebut berada pada putaran yang laju semasa muatan berat berada didalamnya boleh menyebabkan drum mesin itu hilang keseimbangannya.  Getaran yang kuat boleh mengakibatkan bahagian atas mesin itu terpisah dari mesin basuh tersebut.

Samsung telah menerima 733 laporan mesin basuh yang mengalami getaran yang kuat dan bahagian atasnya yang tercabut. terdapat sembilan laporan berkaitan kecederaan termasuk rahang patah, kecederaan bahu dan kecederaan lain yang berkaitan. 



Sumber Samsung


No comments:

Post a Comment